LatihBinaPerkasaMaju Bersama

TTT Pahang 2026

Pahang 1st Talent Development Programme 2026

Memperkasa tenaga pengajar. Memacu pembangunan bakat.
Untuk Pahang yang lebih berdaya saing.

28 September – 27 November 2026

Pernyataan Minat DitutupSahkan Penyertaan
KompetenBerintegritiBerimpakPembangunan Insan, Pemacu Pahang
5Sesi
100Sasaran Peserta
5Hari Program
4Lokasi
Sep – Nov2026

Membina keupayaan.
Mengembangkan bakat.

Sebuah inisiatif pembangunan bakat untuk memperkukuh kemahiran jurulatih dan menyokong pembangunan tenaga kerja di Negeri Pahang.

Program Pensijilan Train The Trainer (TTT) Pahang 2026 ialah sebahagian daripada Pahang 1st Talent Development Programme 2026, sebuah inisiatif pembangunan bakat Kerajaan Negeri Pahang bersama Pahang Skills dan HRD Corp.

Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran Train The Trainer melalui latihan berstruktur selama lima hari untuk peserta daripada organisasi dan majikan di seluruh Pahang.

Panduan Program

Perjalanan Program TTT

Lima langkah utama yang menerangkan proses penyertaan, pelaksanaan dan pemantauan hasil program.

  1. 01

    Pernyataan Minat

    Fasa pernyataan minat dan pencalonan peserta oleh majikan telah ditutup. Semua permohonan yang diterima akan melalui proses penyelarasan oleh urus setia.

    Ditutup
  2. 02

    Sahkan Penyertaan

    Majikan yang telah menerima pemakluman perlu mengesahkan maklumat peserta dan mengemukakan borang pengesahan yang lengkap kepada urus setia.

    Sahkan Penyertaan
  3. 03

    Hadiri Program

    Peserta menghadiri latihan pensijilan selama lima hari mengikut sesi, lokasi dan jadual yang telah ditetapkan.

    Lihat Jadual
  4. 04

    Lengkapkan Program

    Peserta melengkapkan semua keperluan latihan serta memberikan maklum balas selepas sesi bagi menyokong penambahbaikan program.

    Isi Maklum Balas
  5. 05

    Pemantauan Hasil Program

    Perkembangan peserta dan penerapan pengetahuan selepas latihan dipantau bagi menilai hasil serta impak program kepada organisasi dan pembangunan bakat di Negeri Pahang.

Jadual Program TTT 2026

5 sesi di seluruh Pahang

Memuatkan data penyertaan...

01

Sesi 1

Kuantan

Data belum tersedia
02

Sesi 2

Temerloh

Data belum tersedia
03

Sesi 3

Bentong

Data belum tersedia
04

Sesi 4

Kuala Lipis

Data belum tersedia
05

Sesi 5

Kuantan

Data belum tersedia

Lokasi terperinci dan pengesahan sesi akan dimaklumkan oleh urus setia.

Pernyataan minat bagi program ini telah ditutup.

Soalan Lazim

Rujuk maklumat utama berkaitan pencalonan, penyertaan, pelaksanaan program dan tanggungjawab organisasi.

Apakah program ini dan siapa penganjurnya?

Program Pensijilan Train the Trainer (TTT) ialah latihan lima (5) hari untuk membangunkan kemahiran peserta merancang, mengendalikan dan menyampaikan latihan. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bersama Pahang Skills dan HRD Corp.

Siapakah yang sesuai dicalonkan oleh majikan?

Kakitangan yang mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tertentu, pegawai latihan, Subject Matter Expert (SME), bakal internal trainer atau individu yang terlibat dalam coaching, mentoring dan knowledge sharing. Majikan hendaklah memastikan calon boleh hadir sepanjang program.

Berapakah calon yang boleh dicalonkan dan adakah tempat dijamin?

Majikan Besar (Large) boleh mencalonkan sehingga 3 orang, Sederhana (Medium) sehingga 2 orang dan Kecil (Small) sehingga 1 orang. Penyertaan tertakluk kepada kelayakan, semakan penganjur dan kekosongan tempat; pendaftaran tidak menjamin tempat secara automatik.

Adakah penyertaan percuma dan apakah kos lain yang ditanggung?

Yuran program adalah percuma untuk peserta terpilih. Pengangkutan, penginapan dan makan minum tidak ditanggung melainkan dinyatakan sebaliknya. Majikan berdaftar HRD Corp boleh memohon Trainee Allowance tertakluk kepada kelayakan, terma dan ACM yang berkuat kuasa. Kriteria asas majikan termasuk tiada tunggakan levi, tiada tindakan guaman dan baki levi sekurang-kurangnya RM10,000.

Di manakah program dijalankan, dan apakah keperluan peserta?

Program dijalankan di lokasi terpilih di Pahang mengikut sesi dan kekosongan tempat. Peserta perlu hadir sepanjang lima (5) hari serta memenuhi keperluan kehadiran dan penilaian untuk menerima pensijilan TTT. Maklumat lengkap akan diberikan bersama pengesahan rasmi. Untuk pertanyaan: support_pahang@hrdcorp.gov.my atau 09-5132079.